Ikan Tahu bakar & ikan Siakap Bakar Portugese style..

Dah dua malam ni buat ikan bakar saja untuk dinner.. 1st night ikan bakar simple jer … guna ikan tahu, lumur garam & kunyit then bakar dalam kuali leper on both sides, pastu bakar dalam oven to make sure betul2 masak…
Makan dengan nasi panas, sup sayur & cicah kicap with cili api, bawang & perahan limau..
IMG_3326

Pastu malam tadi, buat pulak ikan siakap bakar Portugese style…. a la Portugese lah… sebab bukan ikut resepi dia sangat just kaedah nyer saja, iaitu menggunakan aluminium foil & bakar dalam oven… Tapi gerenti masak & juicy ikannya..!! Share gambar dulu then I will share the ingredients for the tumisan untuk perap ikan tu…
IMG_3340
IMG_3341
IMG_3342
Okay, here’s the bahan untuk tumisan:
– 2 biji bawang merah
– separuh bawang besar
– 4 biji bawang putih
– 1 inci halia/lengkuas
– 3 biji cili api + 2 biji cili merah (atau boleh guna cili api saja kalau nak pedas)
– satu sudu teh garam
– 1 sudu teh kunyit serbuk

Blend semua bahan ni – then tumis

– 1 atau 2 batang serai dititik
– 1 asam keping
Dua bahan ni tak payah blend – masukkan semasa menumis. Setelah bahan-bahan masak, sejukkan sebentar. Panaskan oven- suhu 200C.

Sapukan bahan tumisan tadi pada ikan siakap yang dah dibersihkan & dikelar. Masukkan ikan dalam aluminium foil & perap sekejap ( dalam 20 minit). Lepas tu bakar ikan selama 20 minit (biasanya dah masak). Kemudian kalau nak bagi garing/kering sikit boleh buka aluminium foil tu dan bakar dalam 5 minit lagi.

Sedia untuk di makan begitu saja atau dengan cicah keicap cili / air asam..

Advertisements
This entry was posted in Resepi / recipes and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s